SERVIS BINA LANDING PAGE
Sebelum anda buat pembayaran, anda perlu tahu dan bersetuju dengan syarat ini:
- Anda kena faham Landing Page anda aktif selama 1 Tahun sahaja sebab dalam tempoh 1 tahun, anda boleh meminta saya melakukan perubahan sekali lagi pada landing page yang telah dibina samaada dari segi copywriting atau gambar dengan percuma. Tapi pihak kami tidak sediakan copywriting atau gambar/video produk
- Pemulangan wang bergantung kepada situasi. Jika anda sudah buat bayaran setelah semuanya setuju dan tiba-tiba anda nak batalkan balik servis, saya akan pulangkan sebanyak 50% dari harga bayaran. Pemulangan penuh akan dibuat setelah saya tidak mampu nak buat atau terlalu banyak tempahan.
- Saya akan minta maklumat secara berperingkat-peringkat supaya anda sendiri tidak berasa susah nak berikan maklumat. Jadi saya akan sentiasa berhubung dan sila berikan kerjasama dengan cepat.
- Tempahan landing page biasanya saya boleh siapkan dalam masa 48 jam sahaja. Bergantung kepada respon cepat anda jika saya perlukan sesuatu maklumat untuk dimasukkan. Jika anda lambat respon apa yang saya minta, mungkin akan mengambil masa sedikit.
- Segala servis yang saya berikan, akan cuba berikan yang terbaik. Ketepatan masa untuk disiapkan adalah sangat saya titik beratkan dan saya tidak berkompromi dengan mana-mana pelanggan yang tidak memberikan kerjasama dengan pantas jika sesuatu maklumat saya perlukan semasa servis di siapkan.
Itu sahaja syaratnya. Jika kami dapati anda melanggar syarat di atas. pihak Video Promosi tidak teragak-agak untuk menutup landing page anda tanpa notis!
Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat di atas, anda boleh teruskan untuk buat tempahan Servis Bina Landing Page ini.
Terima kasih.